TERMA & SYARAT
Terma & Syarat Pengiklanan di laman pengikut.
1. Mesej iklan haruslah jelas dan mempromosi jenis perniagaan yang dijalankan.
2. Iklan yang melampaui batas seperti berunsur lucah atau menyentuh sensitiviti mana-mana individu dan kumpulan adalah tidak dibenarkan.
3. Iklan yang mempromosikan keganasan atau perkara terlarang seperti penjualan dadah, alkohol, seniata api, perjudian dan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia adalah tidak diterima.
4. Iklan yang mengelirukan, ‘overclaim’, berniat memperdayakan pengguna media sosial dan bersifat SCAM, adalah tidak dibenarkan. Laman berhak menolak mana-mana permohonan iklan yang gagal menepati syarat di atas.
5. Laman tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komentar yang dilontarkan oleh netizen:
5a. Laman tidak bertanggungjawab membalas soalan dan maklumbalas mengenai jualan oleh pengikut yang berminat dengan produk yang telah diiklankan, sebaliknya komentar akan diselia oleh pihak pengiklan sendiri melalui akaun laman sosial pengiklan sendiri.
5b. Laman juga tidak bertanggungjawab ke atas komentar negatif yang dilontarkan oleh pengguna namun pengiklan boleh membuat permohonan kepada admin agar menutup ruangan komen atau memadam komentar berbentuk negatif dalam usaha menangkis persepsi negatif ke atas perniagaan pengiklan.
6. Laman mempunyai hak sepenuhnya untuk menurunkan iklan jika sekiranya terdapat aduan berlakunya penipuan dalam urusniaga, produk yang memudaratkan pengguna atau lain-lain hal yang dikira melanggar peraturan pengiklanan di laman atau undang-undang Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, TIADA gantirugi akan diberikan.
7. Pihak laman hanya menjadi pengantara yang mengiklankan
“business environment” pihak pengiklan dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas jualan atau menentukan untung rugi perniagaan yang dijalankan oleh pihak pengiklan.
8. Pihak laman tidak bertanggungjawab atas pertindihan iklan jenama/produk yang sama dari pengiklan yang berbeza yang menggunakan perkhidmatan. Pihak pengiklan sebaiknya merancang tarikh dan masa untuk menerbitkan iklan dalam usaha persaingan sihat tanpa menganggu pengiklan lain sehingga mengelirukan pengguna.
9. Pihak laman tidak akan memadamkan iklan yang telah dimuatnaik; namun menetapkan minima satu (1) tahun sebagai tempoh pengiklanan jika sekiranya terdapat keperluan untuk menyelenggara laman pengikut dan iklan terpaksa dipadamkan. Jika tiada keperluan menyelenggara, iklan tersebut kekal di laman pengikut.
10. Pihak pengiklan boleh memohon untuk tambahan “boosting” iklan mengikut bajet tersendiri dan bajet tersebut dibayar berasingan dari pakej yang telah disediakan.
11. Bagi pakej yang melibatkan pembuatan grafik, montaj atau lain-lain oleh Unit Kreatif dan Multimedia dari Pondok Grafik, sejumlah deposit sekurang-kurangnya 50% dari harga pakej akan dikenakan kecuali pakej langganan bulanan.
Harga pengiklanan adalah mengikut harga pakej dan kadarnya dikemaskini dari masa ke semasa.
Sebarang perubahan harga adalah tertakluk kepada promosi atau kenaikan/pengurangan harga pada masa hadapan.
Manage by Pondok Grafik
Any inquiry contact us ;
info @ pondokgrafik.com